Friday, February 18, 2011

cheese cake

Cheese Cake Special



Bahan-Bahan:
Bahan base 4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)



Bahan atas 3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)










Cara:
Cara membuat base
• Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
• Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
• Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
• Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
• Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
• Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
• Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
• Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
• Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang

 

 

karamel

Aha hari ni nak masak puding karamel. dah lama tak buat.jom masak untuk husband dan anak2.

gambar puding karamel Tips Memasak Puding Karamel


PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.


  • Kalau dibakar di dalam ketukar gunakan sistem double boiler. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus.
  • Kalau dengan cara kukus, gunakan api sederhana perlahan dan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya.
Bagaimana hendak mendapatkan puding karamel (jenis kukus) yang bertekstur halus?  Caranya pukul telur dan gula sehingga gula larut.

Ada dua cara untuk membuat gula perang.
  • Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya.
  • Kedua dengan menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.
Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk hingga menyebabkan gula hangus tadi menjadi pahit.
Kenapa kadang kala bahagian gula hangus terpisah daripada pudingnya?
Kerana tidak terus menuangkan campuran telur ke atasnya. Kalau menunggu lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila diterbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.
Untuk mengetahui samada puding anda masak, cucuk bahagian tengahnya dengan hujung pisau tajam. Jika ditarik keluar pisau, ia hendaklah kelihatan licin dan tidak melekat dengan adunan.


SELAMAT MENCUBA

Friday, February 11, 2011

koleksi resepi

Kekadang bila owang pompuan ni, stress atau tension ngan kerja , penat melayan kerenah anak-anak apa kata kita pi ke dapur then cuba2 lah memasak untuk menjamu selera suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi. Biasanya suami tak akan complained what ever yang isteri masak paling tak pun kalau tak sodap dia makan jugak tapi lambat nak habis. So kat sini just nak sharing resepi yang dikumpul . Cubalah moga kita sama-sama dapat release tension. So berasap jugak dapur kita yang jarang-jarang berasap ni. Almaklumlah isteri berkerjaya. At least weekend pun ok.



Bahan-bahan:

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara Penyediaan:

Panaskan kukusan.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.

Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.

Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.

Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.

Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.



Bahan-bahan:

4 ekor burung puyuh, belah jadi 2-4
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 batang daun bawang, hiris halus
½ batang serai, hiris halus
1 sudu teh serbuk lada
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula pasir
½ sudu teh garam
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis hingga kekuningan.

Masukkan daun bawang dan serai, kacau rata, tumis sampai layu, angkat, lalu masukkan serbuk lada, sos ikan, gula, dan garam, kacau rata, tutup api dan ketepikan sehingga sejuk pada suhu bilik.

Lumur setiap burung puyuh dengan bahan tadi hingga rata, perap sekurang-kurangnya selama 2 jam dalam peti ais.

Tusuk burung puyuh dengan lidi satay.

Panggang di atas bara api/di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius sampai masak sambil dipusing-pusing dan diolesi dengan minyak bijan. Angkat setelah masak. angkat.

Sajikan bersama-sama dengan garam, serbuk lada hitam, dan potongan limau nipis.

Thursday, February 10, 2011

masak-masak

 

Cheese Cake Special



Bahan-Bahan:
Bahan base
4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)
Bahan atas
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)
Cara:
Cara membuat base
• Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
• Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
• Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
• Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
• Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
• Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
• Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
• Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
• Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang

 

 

 

Cara Membuat Aising (Buttercream) Kek




CARA MEMBUAT AISING KEK
Bagaimanakah caranya untuk membuat aising (Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda,mari kita baca dahulu sedikit tips otoi yg saya simpan untuk panduan bersama…apa2 pun try and error.
Untuk menghias dengan krim putar, dengan cara mudah..tak payah2 nak timbang, nak keluar mixer gedabak anda ,hanya perlu membeli ‘whipping cream’ dari pasaraya dan memukul hingga kental . Sebaik saja ia kental, gunakan segera. Kek yg mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya, Black Forest Cake).
Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yg diayak (mengikut ‘warna coklat’ yg dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.
Semuanya mengikut citarasa masing-masing. Krim mentega di bawah berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih ringan.
untuk mendpat topping licin frosting dng fresh cream atau butter cream sejukkan didalam peti kemudian curahkan coklat ganache.

SEDIKIT PETUA .
“Untuk kek butter – Supersoft butter cake……kek tu tak perlu di belah , terus mendeco atasnya tanpa filling….. kek butter tidak naik tinggi ,cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.
Mengaising  salah satu step yg paling susah berbanding hendak mendeco…..apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek…..yg penting adalah aising perlu  kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek….nanti serdak kek bercampur dengan aising.Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat…..gerakkan di atas aising kiri kanan .. realitinya memang agak susah jugak…practise makes perfect….bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dlm air panas, lap airnya dan cepat2 sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek.,.satu kelebihan sbb bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yg panas dan icing akan jadi lebih rata…..cuba dulu…tp utk teknik tu masa dah final touch up le…..InsyaAllah….tentu elok jadi nanti….
Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal….kalau yg sudah teror…guna pisau biasa pun boleh….yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula  jangan kerap diangkat….kena tolak kiri kanan sampai icing rata  ikut petua, sebolehnya letak topping tu sebnyk2 di atas kek, then baru  ratakan kiri kanan sampai habis….ingat  mmg spatula x boleh angkat ikut suka…..sbb icing tu menarik serdak kek……..cuba lagi…..lama2 nanti biasa….
Yang menyebabkan cream berbintil2 adalah kerana memukul butter terlalu laju, putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu…tp hanya speed yg sederhana…..then masukkan gula icing sikit demi sikit…..sampai menjadi gebu/putih….. putar icing dalam speed  yang sederhana tp biar lama tidak mengapa….cuma jangan terlaju ,nanti icing akan menjadi cair ” bubble ” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu ( smooth).
Untuk membuat bunga,  tambah sedikit  gula icing, supaya bunga lebih tegap…..maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yg diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi sikit….so…tidaklah topping kek tu terlalu  manis…..
Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik ,di syorkan lebihkan shortening/crisco sbb dia tidak mudah cair (stands well in hot weather), krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula icing sikit2 hingga adunan kental sikit….. kalau nak bunga tu elok, guna shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter oil…..hasilnya icing x akan mudah lembik (takes time gak le…)….masa putar icing tu, dah half way, ambik separuh utk dapatkan thin consistency utk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi utk deco bunga/hiasan lain…..
Setakat ini combination krimwell ngan shortening lebih baik especially bila kita nak mendeco….. kalau deco kek dlm bilik aircond pun ok .kalau tidak, cepat  lembik…. Anyway, campuan krimwell ngan shortening kira sudah ok….krimwell pun sejenis marjerin jugak (white margarine).
Apa apa pun,  ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok , sayang pulak kalau tidak menjadi….. combination butter ngan krimwell agak berminyak, so bunga x boleh terletak sangat.

BUTTERCREAM
1 cawan shortening (lelemak sayuran)
1 cawan krimwell (sejenis marjerin putih)
4 – 5 cawan gula icing (diayak)
1 sudu teh perisa vanila
1 sudu teh perisa badam
4 sudu besar susu UHT
Putar shortening dengan krimwell hingga kembang. Masukkan perisa badam dan vanila. Putar lagi. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, masukkan susu sedikit demi sedikit. Putar hingga gula hancur dan adunan gebu.

RESIPI BUTTERCREAM
120 gm telur putih
200 gula icing
250 gm krimwell
350 gm shortening
Sedikit esen ros
Putih telur dengan gula icing dimasak secara double boiler. Kacau selalu dengan whisk. Pastikan putih telur tersebut sudah cukup panas dan gula telah hancur sebelum diangkat. (Ini utk memastikan ia selamat untuk dimakan). Alihkan ke dalam pemutar dan putar sehingga ia menjadi meringue. Ketepikan sebentar.
Putar krimwell dan shortening hingga putih. Kemudian masukkan meringue tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Kacau dengan kelajuan perlahan hg kembang.

RESIPI BUTTERCREAM  FOR FLOWERS
150 gm shortening
50 gm krimwell
200 gm susu pekat manis
Icing ni mudah cair, so kalau nak buat bunga, kena cepat2….Bagi yang belum mahir , kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong. Bunga mawar  guna nozel 2106 dan  fushia tu  nozel bernombor 2107.
Nak buat bunga , posisi tangan tu mesti betul skill pull ke atas macam kita buat huruf ‘n’ (small ‘n’)……yg muncung U tu…


BUTTERCREAM UNTUK BUNGA NAMPAK MANTAP.
SOALAN ?
Saya ingin tahu resipi terbaik (buttercream) utk membuat bunga ros. Ini kerana dah banyak kali saya cuba, bunga saya mmg tak sempat dipaip sudah lembik, jadi rupa pun dah tak ada.
Ini resipi yg saya guna utk buttercream (yg saya perasan kalau guna shortening, bunga lebih elok walaupun tak cantik/smooth);
250 gm butter
125 gm krimwell
125 gm gula icing (sifted)
Tambah gula aising hingga krim menjadi lebih kental / keras dan mudah kekal bentuknya. Aising anda lembik kerana sukatan mentega yg tidak sepadan dengan gula aising.

KOLEKSI  FROSTING CAKE “BUTTERCREAM”

EASY BUTTER CREAM

250g butter yg dah lembut ( unsalted butter lagi bagus )
500g gula ising ( ayak)
1 sudu makan air panas
2 sudu teh esen vanila
pukul butter sampai lembut … campur gula air panas dan esen vanila. pukul sampai putih
dan kembang.
FLAVOUR CHOC

choc putih atau coklat biasa tambah 100g coklat yang dicairkan
atau tambahkan1 sudu makan serbuk koko yg di bancuh dgn 1-2 susu air panas hingga jadik pasteuntuk perisa koi tambah 1 sudu instant kopi bancuh gak jadik paste dgn air panas dan beat dlm butter cream.atau boleh guna esen tapi just titik setitik dua jer pasal esen pekat dah.
BUTTER CREAM
1kg krimwell
500 gm butter
1 tin susu pkt
apa lagi godak la….sampai sebati…bnyk ni kalo sebuku kek bagi 2 lah..
BUTTERCREAM
1 kg krimwell
600gm gula icing
120ml air
Cara membuat pukul semua sekali sampai kembang
BUTTER CREAM
400 gm butter
100 gm marvello / cream margerine / shortening
180 gm icing sugar
1 tsp esen vanilla
Pukul butter dgn marvello hingga gebu. Kemudian masukkan icing sugar dan pukul lagi.
Akhir sekali masukkan esen dan pukul hingga halus dan gebu.
BUTTER ICING (ALIN-RAZ)
250 gm butter
Gula icing secukupnya – diayak
kacau butter hingga lembut, tuangkan gula sedikit2.
Kacau sehingga icing tidak melekat ditangan.
Cream jenis ni akan mengeras sedikit bila salutan dibiar agak lama dan rasanya jugak agak manis
CREAM ISING( Tarbiah )
100 g butter
100 g marvello
100 g shortening
250 g gula (didihkan dgn sedikit ari hg jadi sirap yang agak likat dan sejukkan)
Pukul ketiga2 bahan di atas hingga kembang dan masukkan sirap tadi sikit2, pukul lagi hingga gebu dan ringan.

BUTTER ICING

Butter cream untuk apa jua jenis kek
Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
* 250gm butter
* 150gm shortening
* 250gm icing sugar (diayak dulu)
* 2 sudu besar susu segar
* Pewarna ikut suka
Cara-cara
1. Pukul_sampai_kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu…
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata…

 MOM BUTTERCREAM FROSTING
Bahan
¼ cawan tepung serba guna
1 cawan susu segar
½ cawan shortening
¾ cawan gula putih
½ cawan mentega, dilembutkan
2 s/k vanila esen
Cara
1. Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin.
2. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya. (yg nie umi tak letak pun dlm peti ais.. terus buat jer masa suam2 tuh..
3.Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan gebu.
4.Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan vanila.

SNOW WHITE BUTTERCREAM
163g solid white vegetable shortening
1 tsp flavour ( I use wilton vanila flavour)
2 tbsp milk (use UHT) or water
454g icing sugar
1 tbsp Wilton Meringue powder (egg white powder)
secubit garam
1. Beat shortening, flavour, dan water/milk.
2. Bila sebati, tambah icing sugar, meringue powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai sebati dan creamy.
NOTE:
1. Resepi ini boleh dapat 3 cups. Selalunya untuk cupcakes, saya add 2 tbsp milk untuk each cup, senang nak pipekan
2. Buttercream jenis ni tak muak sikit. Sesuai kalau untuk tempahan sebab dia stabil. Sesuai untuk buat design seperti bunga, cartoon

BUTTERCREAM I [loveliana]
100gram butter
200gram icing sugar (ayak 2x)
flavour
cara :
1. Pukul butter sampai kembang,masukan icing sugar sikit2.
2. Last masuk flavour.

BUTTERCREAM 1I [loveliana]

200gr vegetable shortening
450-500gr icing sugar (ayak halus)
3 sudu makan lemon juice
cara :
1. Pukul shortening sampai kembang,putih dan gebu,masukan icing sugar sikit2,pukul lagi sampai kembang.
2. Last masukan juice lemon dan mixer sekejap.siap digunakan
NOTE:
Apabila terlalu dry tambahkan 1 sudu makan air masak.(takleh lebih,nanti lembik)
BUTTERCREAM (KAK MAS)
A/
250g air
600g gula caster
B/
750g butter
250g krimwell
2-3 titik ros esen/vanilla esen
Cara
1. Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight.
2. Pukul butter and krimwell high speed sampai kembang dan gebu. Kemudian slowly tuang chilled syrup tadi sampai habis. Masukkan juga esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well combined dan gebu. (Mixer tak payah stop semasa tuang syrup biar on going).

WHOLE EGG BUTTER CREAM

Bahan-bahannya
(A)
2 biji telur
120 gram gula
(B)
400 gram mentega/krimwell
100 gram shortening
Cara-caranya
1. Pukul (A) dan renehkan atas double boiler sehingga pekat.
2. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga adunan menjadi lembut. Biarkan
ia sejuk.
3. Pukul (B) sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan adunan telur yang telah disejukkan dan gaul sehingga sebati.

BUTTERCREAM TELUR PUTEH  [1mas2r@]

350 gm marvelo/supertact/ krim well
250 gm butter
175 gm gula pasir
110 gm putih telur
1. Masak putih telur dan gula secara double boiler, kacau selalu.
2. Pukul butter dan krimwell hingga putih.
3. Di dlm mangkuk lain, pukul putih telur yg dimasak tadi hingga menjadi meringue.
4. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter.
5. Pukul lag pada kelajuan sederhana hingga putih.

BASIC BUTTERCREAM

Bahan-bahannya
400 gram mentega/krimwell
100 gram shortening
180 gram icing sugar
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
Pukul mentega dan shortening sehingga tidak bergentil-gentil. Masukkan esen vanilla dan gula icing. Pukul lagi sehingga lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.
untuk whipping cream tak perlu letak gula atau apa2, cuma pukul sehingga kembang
utk 1 biji kek 1/12 cawan (340 ml) whipping
BUTTERCREAM( Kuantan- Rnet)
350 gm marvelo/supertact/krim well
250 gm butter
175 gm gula pasir
110 gm putih telur
Masak putih telur + gul secara double boiler, kacau selalu.Pukul butter + krimwell hingga putih.Di dlm mangkuk lain, pukul putih telur yg dimasak td hingga menjadi meringue.Masukkan meringue sedikit2 ke dlm adunan butter.Pukul lg pd speed sederhana hingga putih.
Buttercream Golden Syrup
BWY Buttercream
500gm Krimwell
500gm butter
200gm golden syrup
1tsp vanilla

Bagus Buttercream

1kg krimwell
500gm butter
400gm golden syrup
Icing Cream
500g krimwell
500g butter
200g golden syrup
Caranya:
Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana..pukul sampai kembang
Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..
note: sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup.Kalau tengok2 resepi pakai golden syrup walaupun chef berlainan. Saya ada tanya kenapa tak pakai icing sugar, dia kata nanti tak smooth.
Golden Syrup
Bahan A
200g gula
1/4 potong limau nipis
50 gram air
Bahan B
20g air
Caranya:
Masak bahan A sampai perang
dah masak ,tutup api tambahkan bahan B
Resipi2 ini menggunakan golden syrup, menggantikan icing sugar…supaya ia  kelihatan lebih smooth,selain daripada mengurangkan kemanisan,goldean syrup juga boleh diganti dengan madu atau susu pekat….tetapi bagi buttercream yang bewarna…kalau takder golden syrup ..boleh jer buat syrup guna gula kastor.
……………………………………………………………………………….


” GLAZE AICING CUPCAKE AND COOKIES “
Just guna air suam dgn icing sugar.Ayak i/sugar dalam mangkuk dan tuang air sudu by sudu.jangan guna cawan coz nanti terbanyak air then banyak pulak guna i/sugar. kacau dan ayak i/sugar tu sampai dapat kepekatan yang kita nak (consistency). kalau angkat dgn sudu dan melelehtu maknanya still cair jadi tambah lagi icing sugar,kena agak2 sendiri.Jika ingin perasa pada kek or cream? untuk kek just tambah dalam 1 sudu besar flavour yang kita nak..utk glace tu, mula2 kak mas mix dulu icing dgn air, Kacau2 agak2 pekat skit, separatekan dalam mangkuk2 dan titikkan kaler dan kacau tiap2 mangkuk, kalau cair then tambah icing sugar, kalau pekat titikkan air…