Saturday, March 12, 2011

minum petang

bila hujan ni rasa lapar la plak. Di dapur ada pisang rasa macam nak buat kek pisang jer. Jom mengasp dapur.Nak cuba tak resepi KEK PISANG ni

Kek Pisang 

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Friday, March 11, 2011

birthday party dalili batrisyia

Genap sudah umurnya 7 tahun. dalam sekelip mata dia membesar di depan mataku.Sempena meraiakan usianya, aku telah membuat birthday party kecil-kecilan untuknya. Aku merancang membuatkan kek harijadi khas untuknya. Sekitar sambutan party harijadi nya pada 5 march 2011 yang lalu.
haaa...inilah kek yang telah dihasilkan untuk  anak tersayang. Princess cake barbie.Tapi kek ni dia tak bagi potong nanti tak cantik le gaun dia ibu katanya.
So ibu pun buatkan kek satu lagi......choc moist




emmm...nyam nyam...choc moist yang full of cholesterol..he he....sungguh menyelerakan.Opps jangan tengok tang patung hiasan tu ...seeekssiiiiiii just pakai bikini jer that ikan duyung tu
ha ni member abang ngan kakak...aisyah ngan imran



bersama teman-teman berbasikalnya.....


 ha auntie mazni pun joint

acara memotong kek...tengok tu kek princess dia tak bagi potong....kek coklat jer boleh potong

Thursday, March 3, 2011

melaka bandaraya bersejarah

chinese new year tempohari tak ke mana cuma....tourist ke melaka....anak2 paling seronok. Ni first time jln2 pi melaka .Dah lama rasanya tak menziarahi kota bersejarah tu.

ni ler aksi paling seronok.Aqil dah excited.Mak dia lebih lagi.


ha...ni aktiviti pasang khemah. Masa ni mak tak sihat, muntah-muntah almaklumlah emak dah berumur tak tahan ngan cuaca panas. Tapi yang paling syok tu habis je siap pasang khemah, pihak majlis bandaraya halau kami pas tu warning plak tak boleh bina khemah di padang pahlawan ni.


tengokle aksi kakak batrisyia, excited naik train.Cause sampai sekarang ni ayah poromise nak naik komuter belum terlaksana lagi.