Cheese Cake Special | |||
Bahan-Bahan: | |||
Bahan base 4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus) 1 cawan almond (dikisar) ½ cawan gula halus ½ cawan mentega (dicairkan) Bahan atas 3 sudu teh tepung kastard 3 sudu teh air 455gm cream cheese 1 ½ cawan gula kastor Secubit garam 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh jus lemon 2 cawan sour cream 6 biji telur (asing putih kuning) 1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu) | |||
Cara: | |||
Cara membuat base • Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering • Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya • Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan Cara membuat atasnya • Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai • Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu • Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata • Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata • Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan • Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang | |||
Cadangan Hidangan: | |||
Hias dengan hirisan lemon dan hidang |
Friday, February 18, 2011
cheese cake
Labels:
cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment