Wednesday, August 17, 2011

kuih muih

kuih nie memang faborate aku..senang, cepat dah mudah disediakan...maklumlah balik kerja cuma ada masa 1 jam untuk prepare menu berbuka posa....boka posa nie kalau takde manis2 sikit macam tak syok jer...so aku buat le kuih buah melaka nie...nama yang aku tahu kalau ada nama lain tak tahu le plak...
sedapnya....

coklat order untuk raya

diam tak diam dah hari ke 17 ramadhan...busy sikit menyiapkan tempahan coklat untuk raya...malas kena buat jugak...siti zubaidah tempahan dah siap...




macam-macam ada...rose, ketupat, dll


Monday, August 15, 2011

agar-agar susu oreo

ni adalah pencuci mulut pada IFTAR ke14. Hari nie buka posa umah mak kat selayang.Nak menunjuk agar2 ku yang cantik kononnya. Tapi cik hubby perli dia kata kalau buat dalam bekas tupperware lagi senang...aku tak kira yang penting cantik tapi ambil masa le..cause kena sejuk dulu baru boleh tuang lapisan yang lain...aku teruja tengok anis@anis magic fingers punya blog.Dia buat puding guna mould skirt barbie nie...so try le...nampaknya cantik tak menghampakan...sesekali tukar pandangan..jom layan
ha ha..cantik tak..puas hati...ni belum curah susu cair lagi...ala2 gunung berapi gitu bila aku curah susu cair...

AGAR-AGAR SUSU OREO
resepi asal: suzane@my heart

1/2 peket agar-agar 
1 1/2 tin susu cair
1 cawan gula
1 liter air
1 cawan oreo yang dikisar ( boleh tukar ikut citarasa masing2...ex: cendol)

Caranya:

1. Cairkan agar-agar dengan air (dikacau dengan api kecil).
2. Tapiskan adunan agar2 tadi dan kemudian masak semula.
3. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan 1 tin susu cair dan kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( 1 bahagian dengan oreo dan 2 lagi ikut citarasa masing-masing)
6. Masukkan adunan ikut kreativiti masing-masing.
7. Tuangkan 1/2 tin susu cair semasa menghidang.

Sunday, August 14, 2011

kerabu mangga

dah lama tak menjenguk dan mengupload blog nie...posa-posa nie sibuk bangat..balik kerja terus sinsing lengan kat dapur,lepas berbuka dan maghrib mengemas dapur..then siapkan baju anak2 utk sekolah...sedar2 dah kul 10...duduk terus terlelap ...nak jadi super mom belum capai tahap...di kesempatan ini just nak sharing menu yang sempat di tangkap gambornya...
kerabu mangga...emm masam, manis, pedas

KERABU MANGGA
resepi asal: suzane @ my heart
2 biji mangga epal (ni cilok kat umah mak mertua)
1 cawan kacang tanah dikisar
8 biji cili api(kalau nak pedas tambah lagi)dipotong nipis
1 biji bawang besar (dipotong halus dan nipis)
100 gm udang kering (ditumbuk) kalau nak guna ikan masin pun boleh
1 sudu kecil gula
sedikit garam

Caranya:
1. Mangga diparut (aku guna penyagat )
2. Masukkan semua bahan dan digaul rata.


Saturday, August 6, 2011

aqil oh aqil

wahai si comel ...kenapa ler suka sangat kacau ibu masak,,,ni ler aksi si comel ku yang dah pandai menyelongkar kitchen cabinet......aku kemas dia pun mengemas jugak...aduhai "yang berakal"...
nak beraksi macam safee sali...kecik2 pun dah pandai tendang bola
nak bawa motor kecik lagi..layan jer ler kuda kat playground nie....sengih nakal
cian kakak batrisyia kena buli jaga adik yang lasak nie...tapi kakak tetap sayang aqil kan

Thursday, August 4, 2011

sotong masak sos berlada

Sampai rumah pukul 5..terus merempit kat dapur tu.Menyediakan menu berbuka puasa pada hari ke 3.Menu pertama ni kesukaan anak2...sotong masak sos berlada...anak2 suka sebab ada rasa manis, pedas sikit...maklumlah nak buka selera anak2 di bulan posa nie memang sukar..jom kita jamu mata...

seronok tengok sotong tu kan...ok mengantuk ler nanti kita sambung dengan resepinya yer
okey kembali malam nie...perut dah kenyang..baby dah tidur ibu plak baru bangun tidur..tak tahule nak kata penat mungkin kot...sibuk le dengan CLO,PLO then gubal soalan di bulan posa nie kalau dapat pekena milo ais syok gak ni dah naik tepu dibuatnya..MQA oh MQA...baru je lepas makan nasi..jom tengok resepi yang aku sendiri cipta..release tension dengan dapur kesayanganku

SOTONG MASAK SOS BERLADA
resepi asal: suzane@isuzane.blogspot.com

1/2 kilo sotong sederhana
1 biji bawang besar(dihiris memanjang)
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
5 biji cili merah *
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
2 sudu besar sos cili (aku suka sos maggi)
2 sudu besar sos tomato (jenama maggi)
1 sudu besar sos tiram (jenama maggi)
1 sudu kecil gula
1/2 cwn air
sedikit garam
1 biji capsicum sebagai hiasan

Caranya:

1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau.

2. Masukkan bahan # (dikisar) hingga masak.

3. Masukkan semua bahan yang lain kecuali sotong dan kacau hingga sebati.

4. Masukkan sotong dan masak lagi hingga sotong benar2 masak.

5. Masukkan capsicum dan sedia untuk di makan.

ayam roasted black pepper

Alhamdulillah..dah selamat berbuka...dah lama rasanya tak update blog nie...sibuk memanjang tepat kul 10 mata pun dah lelap...ni ada masa sikit..hubby ngan anak bujangku dah pergi tarawih...dalam masa yang singkat petang tadi sempat gak masak ayam nie...
ayam roasted black pepper...
resepinya aku main belasah jer tapi menyelerakan...nak cuba?
  
AYAM ROASTED BLACK PEPPER
 resepi asal: suzane@isuzane.blogspot.com

8 ketul ayam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci halia
1/2 inci kunyit
(semua bahan di atas dikisar)
1 sudu kecil garam
1 susu besar gula melaka (ditumbuk)
2 sudu besar madu
3 sudu besar sos barbeque
2 sudu kecil minyak zaitun
2 sudu kecil lada hitam (di kisar kasar)

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak zaitun dan lada hitam.

2. Perap ayam lebih kurang 4 - 5 jam.

3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi kedalam bekas yang sesuai dan curahkan minyak zaitun dan tabur lada hitam ke atas ayam tadi.

4. Bakar (gril) ayam tadi dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 25 -30 minit. (aku guna convection oven + gril)

5. Boleh dihias ikut suka.