Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

ayam roasted black pepper

Alhamdulillah..dah selamat berbuka...dah lama rasanya tak update blog nie...sibuk memanjang tepat kul 10 mata pun dah lelap...ni ada masa sikit..hubby ngan anak bujangku dah pergi tarawih...dalam masa yang singkat petang tadi sempat gak masak ayam nie...
ayam roasted black pepper...
resepinya aku main belasah jer tapi menyelerakan...nak cuba?
  
AYAM ROASTED BLACK PEPPER
 resepi asal: suzane@isuzane.blogspot.com

8 ketul ayam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci halia
1/2 inci kunyit
(semua bahan di atas dikisar)
1 sudu kecil garam
1 susu besar gula melaka (ditumbuk)
2 sudu besar madu
3 sudu besar sos barbeque
2 sudu kecil minyak zaitun
2 sudu kecil lada hitam (di kisar kasar)

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak zaitun dan lada hitam.

2. Perap ayam lebih kurang 4 - 5 jam.

3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi kedalam bekas yang sesuai dan curahkan minyak zaitun dan tabur lada hitam ke atas ayam tadi.

4. Bakar (gril) ayam tadi dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 25 -30 minit. (aku guna convection oven + gril)

5. Boleh dihias ikut suka.

Sunday, July 24, 2011

ayam masak merah

menu tengahari nasi ketumbar..aku hidangkan dengan ayam masak merah kegemaranku...tak berapa pedas dan sedikit lemak manis...penyediaannnya hanya memakan sedikit masa sahaja....inilah hasil air tangan
sungguh menyelerakan
nak cuba resepinya:

sumber:suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan2nya:

8 ketul ayam#
1 cmt serbuk kunyit#
1 cmt garam#
( # diperap  dan digoreng tapi jangan terlalu kering)

1 sudu besar minyak untuk menumis
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit dikisar
3 btg serai dititik
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 sudu besar cili kering dikisar
4 biji cili merah dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar susu cair
1 cmt gula
sedikit garam


Caranya:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit yang dikisar dan kacau lagi.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam dan kacau lagi hingga semua bahan mesra diikuti dengan serai.

4. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau sedikit agar ayam mesra dengan bahan lain.Curahkan susu cair dan kacau sebati.

5. Siap dihidang dan boleh dihias dengan daun bawang dan bawang goreng atau nenas yang dipotong dadu,