Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

tiramisu lagi

my hubby favourite....
jenama yang sering aku gunakan...yg lain macam kurang sedap
coklat cake
ku potong dua..
lapisan pertama selepas di curah air bancuhan nescafe dan disalut cheese
untuk lagi sedap aku letak blueberry dan koko

pandangan setelah kena potong...yummy hubby bagi 9/10....boleh buatkan untuk abang lagi...aduh gemuks nanti

nak resepi:;
Sumber: suzane@isuzane.blogspot.com

BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula caster
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:


1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream sampai kembang.
10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.
11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi..
( separuh cawan)
12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!

Friday, December 30, 2011

kek padang bola

ni order by kak yan ofismate....tqvm kak
ha ha padang bola ni tak berapa nak beetul saiznya...player plak 6 orang je...bola ada 2 plak tu...pening

Monday, November 21, 2011

bola ragbi yang tak macam bola

ni order dari kak aisyah...cause hubby nya sangat fanatik dengan ragbi so dia request order bola ragbi...terkial2 gakla nak buat...habis study mcm mana rupa bola tu...inilah hasilnya
rumput panjang sangat almaklumlah musim hujan sekarang nie...tukang kebun pun tak sempat mesin rumput
TQ kak aisyah for repeat order

Friday, November 18, 2011

blueberry cheese+strawberry cake

Order by Marliza asyikin...tq....
dilimpahi straberry toping dan ana muslim edible image
ditambah dengan fresh strawberry...yummy

Nak cuba resepinya...sangat sangat terasa cheesenya

Cheese cake blueberry + strawberry.
 resepi asal: suzane (dari buku tapi tak ingat nama buku)

Bahan2 A:
Basenya:
Biskut marie + oreo (kalau nak tebal kena banyak le...ikut  suka)...100 gm
Mentega ....100 gm ( gaul dengan biskut tadi hingga boleh di genggam)
Setelah siap masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

Bahan B:
Isian keju
Krim cheese - 500gm
Butter - 40 gm (guna tatura butter)
Telur - 4 biji
Krim putar (whipping cream) - 150 ml
Coklat putih compound - 300 gm (dimasak secara double boiler)
1 bekas yogurt buahan kecil (jenama Dutch Lady - bluebery + strawberry)

Caranya:
1. Pukul cream cheese dengan butter sehingga ringan dan gebu, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.

2. Campurkan yogurt, whipping cream dan coklat putih yang telah disejukkan sedikit ke dalam adunan tersebut.

3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dibuat tadi (Bahan A) dan bakar selama 60 minit pada suhu 160 darjah secara waterbath.

4. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk lebih kurang sejam dan masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya semalaman. Barulah seap dimakan.

5. Boleh dideco ikut suka....suzane letak toping strawberry dan dilimpahi buah strawberry atau toping blueberry dan buah blueberry......ikut suka ye.

APA YANG DIKATAKAN WATERBATH: teknik meletakkan air dalam bekas dan dimasukkan dalam oven di bawah adunan kek tadi. Suzane tutp atas adunan tadi dengan aluminium foil . ni untuk mengelakkan kek tadi warna gelap.

SELAMAT MENCUBA



Monday, November 14, 2011

brownies

di kesempatn ini , nak update order last week....brownies cheese coklat...kenapa namanya brownies....sendiri punya badan pun tak tahu....mungkin teksturnya.,...resepi nie skodeng dari my faberet blog...WAWMC@blogspot.com...jom layan
pandangan atas brownies spiderku...agak kekuningan...terlama plak kat dalam oven
sedap hingga menjilat jari....ini order dari officemate...tq...TQVM for mieza sayang                             

Friday, October 21, 2011

cake order

Alhamdulillah....cake barbie doll order by mek su....tq

Sunday, October 2, 2011

hubby birthday

kek istimewa sempena birthday hubby
marbel kek  belum deco
simple deco with buttercream
dah kena potong ngan ubby...dapat pujian 'kalau kek marble nie  ibu buat memang first class'..anak2 pun kata seddaaaaaaaaaaaaappppppppnya ibu buat kek birthday ayah....
tgk jarak dekat...happy birthday mr hubby...ku berdoa agar dipanjangkan umur, dimurakah rezeki dan sentiasa didalam limpah kurnia ALLAH swt...AMIN...we luv u so much ever and forever




Saturday, July 23, 2011

kek gula hangus

nampak kat dapur bahan nie aja yang ada...so try le resepi dari wida@myresepi.com...hasil nya memang tidak mengecewakan...jom kita layanzzzz...tq wida for resepi...suzane ubah sikit kukus lebih sedap...moist
dah masak kat dalam pengukus

sedappppppp....
nak cuba resepi:

KEK GULA HANGUS
Sumber:widad@my resepi.com
Sedikit ubahsuai:suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
1.                  Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2.                  Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.                  Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4.                  Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5.                  Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6.                  Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7.                  Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8.                  Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9.                  Kukus dengan api perlahan lebih kurang 50 minit. (resepi asal dibakar)

Thursday, July 21, 2011

red velvet cake

hasil daripada persahabatan dengan mieza di alam maya...mothercooks@blogspot.com...aku mencuba resepi red velvetnya...nampaknya tidak menghampakan...mula2 tu ngeri sebab merah semacam...dah namanya pun red ye tak....bila dah masak okey ada umph,...inilah hasilnya
inilah hasilnya

seslice   yang yummy...tQ mieza for the recipe yang marvelous nie,Jom kita share resepinya

DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Sumber : mothercooks@blogspot/mieza@wawmc

Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-caranya :


1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..

2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.

4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.

5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).

6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.

9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.

11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.

13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan :


226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang.

2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.

3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.

5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, May 17, 2011

birthday cake

aqil 1 tahun so ibu buat special cake untuk dia...inilah hasilnya...CHEESE OREO CAKE

belum deco lagi


dah letak spongebob ....
Ibu buat satu lagi kek untuk aqil....choclate cake 

Nak cuba resepi:

CHEESE OREO CAKE

Bahan-bahan:

Bahan A:
24 keping biskut oreo dikisar
4 sudu besar mentega di cairkan

Bahan B:
1 cawan thickened cream
500 gm cream cheese (ikut suka)
5 keping oreo dikisar

Cara:
1.Gaulkan bahan a sehingga boleh ditekan ke dalam loyang .
2. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit dalam ketuhar suhu 150 darjah kemudian sejukkan.
3. Pukul cream dan cheese sehingga kembang dan campurkan biskut oreo yg telah dikisar
4.Lapiskan cheese atas lapisan biskut yg dibakar tadi...
5. Susun oreo di atas diatas kek untuk hiasan..
6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tambahan:
cheese ni mmg lembut skit...xpejal tp sedap.....kalu nk manis skit tmbh sedikit gula dlm adunan cheese



SELAMAT MENCUBA

Friday, February 18, 2011

cheese cake

Cheese Cake Special



Bahan-Bahan:
Bahan base 4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)



Bahan atas 3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)










Cara:
Cara membuat base
• Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
• Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
• Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
• Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
• Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
• Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
• Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
• Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
• Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang