Sunday, July 24, 2011

ayam masak merah

menu tengahari nasi ketumbar..aku hidangkan dengan ayam masak merah kegemaranku...tak berapa pedas dan sedikit lemak manis...penyediaannnya hanya memakan sedikit masa sahaja....inilah hasil air tangan
sungguh menyelerakan
nak cuba resepinya:

sumber:suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan2nya:

8 ketul ayam#
1 cmt serbuk kunyit#
1 cmt garam#
( # diperap  dan digoreng tapi jangan terlalu kering)

1 sudu besar minyak untuk menumis
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit dikisar
3 btg serai dititik
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 sudu besar cili kering dikisar
4 biji cili merah dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar susu cair
1 cmt gula
sedikit garam


Caranya:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit yang dikisar dan kacau lagi.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam dan kacau lagi hingga semua bahan mesra diikuti dengan serai.

4. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau sedikit agar ayam mesra dengan bahan lain.Curahkan susu cair dan kacau sebati.

5. Siap dihidang dan boleh dihias dengan daun bawang dan bawang goreng atau nenas yang dipotong dadu,

nasi ketumbar

memandnagkan hari ni hari minggu so lama le sikit kat dapur tu....dah lama rasanya nak cuba nasi ketumbar  mieza@WAWMC.blogspot,com...my friend le...yang punya hobi sama...gemar memasak....hubby pun baru balik OTS...so tidak mengecewakan...hubby sangat suka .....2 pinggan lagi menambah....jom layanzzzzzz
kulihat hijauuuuuuuuuuu.tengok pun dah sedap
 makan dengan ayam masak merah...fuh marvelous

Nak cuba resepi:

NASI KETUMBAR
Source :mieza@WAWMC.blogspot.com
Sedikit ubahsuai: suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan-bahan:

3 pot beras basmathi - guna pot rice cooker
3 s/b mentega - guna minyak sapi
4 biji bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang
3 biji bawang putih - mayang
3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
sedikit garam
pewarna hijau
air ikut sukatan beras (aku lebihkan 1/2 pot so jadi 3 1/2 pot le)
1 kiub ayam (aku guna ikan bilis)

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camt lada hitam (kalau tak nak takpe-cause anak2 tak suka)
5 biji buah pelaga

Bahan hiasan
Bawang goreng
Hirisan daun ketumbar
Badam panggang

Cara-caranya:

1. Basuh beras dan toskan.

2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.

4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam

5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


Saturday, July 23, 2011

apam polkadot

pagi ni bangun tidur tak tahu nak buat apa...so pi kat dapur tu rasa2nya boleh buat apam polkadot...so rasanya breakfast pagi ni dengan apam yang kiut miut tu le.....resepi ni aku cilok dari mieza@WAWMC.blogspot.com...tq mieza for the resepi...inilah hasilnya.
inilah apam polkadot ku yang cute
ni first time guna kamera dslr...hubby izinkan guna kamera dia...belumpandai shoot lagi
pandangan sisi apam polkadot ku
 yummy...jemput makan
 tu dia intinya...coklat..umphhhh
 apam polkadot + nescafe tarik
nak cuba resepi:
 
APAM POLKA DOT
Source : Mieza @ WAWMC
Sedikit ubahsuai: suzane@isuzane.blogspot.com
 
Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk
225 gm tepung gandum
50 gm tepung naik sendiri (resepi asal guna tepung gandum sepenuhnya...bila aku ubahsuai sikit, nampaknya still lembut sampai ke petang)
200 gm gula halus 150 gm susu segar
1 camt esen vanilla
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling coklat/peanut butter (anak lebih suka)
Pewarna kesukaan masing-masing


Cara-cara:

1. Pukul telur, ovellete dan gula hingga betul-betul kembang dan putih. Masukkan esen vanila.

2. Kemudian masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah (Kecuali filling) dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Aku guna mangkuk kertas ukuran dasar 2 cm.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 5 minit (untuk saiz mangkuk kertas yang aku gunakan, kalau guna mangkuk saiz besar, waktu mengukusnya juga perlu ditambah)dengan menggunakan api sederhana. Jangan gunakan api besar kerana apan akan merekah jadi apam mekar!





cupcake choc kukus

ni kak ros order untuk kenduri....100 pcs cupcake

 dalam pengukus
tembam....
deko dengan butter cream
deko dengan fondant..kak ros kata tak sedap...sorry ar kak ros..nampak cantik jer
 sedia untuk di bawa oleh kak ros.
Nak cuba resepi:
CHOC MOIST CUP CAKE KUKUS (45 pieces)
sumber: suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan-bahannya:
2 cawan susu cair#
2 cawan sus pekat#
2 cawan gula#
2 cawan minyak #
2 cawan koko#
2 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung naik sendiri*
6 biji telur
2 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu kecil baking powder*

Caranya:

1. Campurkan semua bahan# dan dikacau sebati pada api kecil. (A). Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan bahan * yang telah diayak. Pukul lagi hingga sebati.
3 .Masukkan A dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan dalam acuan dan dikukus dengan api sederhana.Kalau api besar nanti jadi kek cawan merekah.
Resepi butter cream:

500 gm butter
250 gm krimwell
250 gm gula icing

Caranya:

1. Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan jadi putih gebu.

2. Masukkan gula icing (perlu di ayak dahulu supaya tidak berketul-ketul) dan pukul lagi hingga sebati.

3. Bahagikan kepada bahagian yang kecil dan letak pewarna ikut suka dan masukkan dalam piping bag.Deko ikut suka ye.




kek gula hangus

nampak kat dapur bahan nie aja yang ada...so try le resepi dari wida@myresepi.com...hasil nya memang tidak mengecewakan...jom kita layanzzzz...tq wida for resepi...suzane ubah sikit kukus lebih sedap...moist
dah masak kat dalam pengukus

sedappppppp....
nak cuba resepi:

KEK GULA HANGUS
Sumber:widad@my resepi.com
Sedikit ubahsuai:suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
1.                  Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2.                  Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.                  Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4.                  Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5.                  Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6.                  Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7.                  Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8.                  Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9.                  Kukus dengan api perlahan lebih kurang 50 minit. (resepi asal dibakar)

hubby juara pertandingan memancing

dalamd aku tak berapa berkenan dengan hobinya terpaksa akur le jugak...hubby nak masuk pertandingan memancing...so daku doakan hubby menang..dengan sepenuh hati kudoakan...dengan perjanjian kalau menang hadiah dibahagi 2...nampaknya Allah makbulkan..inilah aksi juara...

siakap 3.7 kg yang berjaya di tawan
 terkulai dan bakal menjadi santapan bersama kengkawan sehobi
 acara penyampaian hadiah
 hadaih juara RM 2000...terbaik dapt 1/2 suka suke3

dah dihidang untuk santapan perut yang kelaparan setelah penat berjuang...silakan kengkawan AMIN




Thursday, July 21, 2011

red velvet cake

hasil daripada persahabatan dengan mieza di alam maya...mothercooks@blogspot.com...aku mencuba resepi red velvetnya...nampaknya tidak menghampakan...mula2 tu ngeri sebab merah semacam...dah namanya pun red ye tak....bila dah masak okey ada umph,...inilah hasilnya
inilah hasilnya

seslice   yang yummy...tQ mieza for the recipe yang marvelous nie,Jom kita share resepinya

DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Sumber : mothercooks@blogspot/mieza@wawmc

Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-caranya :


1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..

2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.

4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.

5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).

6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.

9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.

11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.

13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan :


226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang.

2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.

3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.

5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 20, 2011

jamuan perpisahan kak rohaza dan kak aishah (unit exam)

Dalam diam orang yang paling lama di exam kak aishah dah nak moving out...kembali ke JKE selepas dinaikan pangkat ke 44.Kami merancang membuat jamuan ringan.Selain tu kak rohaza pun sama kembali ke JKA dan masksedah melanjutkan pelajaran master.Ini sekitar jamuan ringkas tu






aha coklat made by me
 red velvet made by me...amik resepi di blog mieza
acara potong kek khas
nanti update lagi...baby nangis

Sunday, July 10, 2011

majlis bertunang my first nephew

genap usia anak buah ke 28..bertemu juga dengan gadis pilihan.harap kekal hingga ke akhir hayat...


yg pakai baju biru tgh tu le empunya badan

birthday qistina 5 years old

Adik kini telah mencecah usia 5 tahun.Setiap haari bertanya bila birthday adik..bila nak celebrate...adik nak hadiah banyak2....cian dia tak dapat nak celebrat jemput kawan2..maklumlah ibu ngan ayah busy....kami cuma celebrate kat umah embah jer....tapi ibu tetap buat kek dan coklat istimewa untuk adik...inilah hasilnya
coklat khas dari ibu untuk adik..apy besday qistina
blueberry kek + grape istimewa untuk adik