Friday, May 20, 2011

CHOC MOIST CUPCAKE

hari nie abang, adik dan kakak nak sambut teachers day...kat addaris.So ibu buat cupcake nie utk depa bawa sekolah...

cup cake in the making

dah di deko ..ini untuk abang dan kakak

ini untuk adik....dia nak letak hello kitty...nak bagi kat teacher izah....

Nak cuba resepi;

CHOC MOIST CUPCAKE

3 cawan  tepung
2 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak sayuran
2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
#4 biji telur



CARANYA:

1. Campurkan semua bahan serta di pukul hingga jadi lembut dan sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
2. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit.
3. Deko ikut suka yer

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, May 17, 2011

birthday cake

aqil 1 tahun so ibu buat special cake untuk dia...inilah hasilnya...CHEESE OREO CAKE

belum deco lagi


dah letak spongebob ....
Ibu buat satu lagi kek untuk aqil....choclate cake 

Nak cuba resepi:

CHEESE OREO CAKE

Bahan-bahan:

Bahan A:
24 keping biskut oreo dikisar
4 sudu besar mentega di cairkan

Bahan B:
1 cawan thickened cream
500 gm cream cheese (ikut suka)
5 keping oreo dikisar

Cara:
1.Gaulkan bahan a sehingga boleh ditekan ke dalam loyang .
2. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit dalam ketuhar suhu 150 darjah kemudian sejukkan.
3. Pukul cream dan cheese sehingga kembang dan campurkan biskut oreo yg telah dikisar
4.Lapiskan cheese atas lapisan biskut yg dibakar tadi...
5. Susun oreo di atas diatas kek untuk hiasan..
6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tambahan:
cheese ni mmg lembut skit...xpejal tp sedap.....kalu nk manis skit tmbh sedikit gula dlm adunan cheese



SELAMAT MENCUBA

nak pi jalan-jalan

ha niler anak2 yang dah semakin membesar


Sunday, May 15, 2011

minum petang

Hujan-hujan nie apa yang seronok nak makan...nak pi market malas hujan lebat....hujan oh hujan...tapi perut macam nak diisi.So pi dapur tengok apa yang ader...nampaknya macam boleh buat donut..jom



donut in the making....


dah kena cubit untuk aqil....jemput makan



ni qistina punya yang dah digigit...nyum nyum dengan air kopi pekat dan manis
santapan minum petang tadi...dengan cuaca hujan di luar sana

nak cuba resepi:

DONUT OH DONUT


Bahannya:
1 kg tepung gandum
1 tin susu cair (ikut suka saya guna F&N)
1 peket yis mauripan (bancuh dengan air suam, biarkan 10 minit @ hingga berbuih)
1 ketul buttercup @ 4 sudu besar marjerin (saya guna daisy)
1 sudu kecil garam
1/4 tin air @ 1/2 cawan
gula kastor

Caranya:

1. Masukan semua bahan dalam bekas acuan.
2. Uli sampai jadi doh dan lembut .Biarkan selama 1 jam.
3. Uli doh semula dan bentukkan menjadi bentuk donut ikut saiz yang disukai dan biarkan selama 10 mint atau donut naik menjadi 2X ganda.
4. Bolehle goreng dengan api sederhana.
5. Selepas itu, biarkan sedikit sejuk dan tabur je lah gula.

Pasti sedap.boleh di deko dengan celup kat choclate then taburle choc rice.Tambah selera utk anak2.
SELAMAT MENCUBA

Friday, May 13, 2011

dekorasi umah

dah lama tak mengemas umah dek kerana busy memanjang and baby aqil demam the dia admit and operation......barulah this morning ada kesempatan nak mengemas rumah....hubby dah settle vakum and mop lantai....so ibu nak deko balik umah nie 



hias atas meja makan dengan bunga nie...so nampak macam sweet jer


tempat simpan khazanah yang diberi oleh student...

meja konsol ku..tempat letak pasu sarawakku





karipap

Kesian nengok dek ubi kentang nie...so pagi tadi kul 5 pas bangun tido...terfikir nak buat curry pufff...so inilah hasilnya....inti ubi kentang, campur telur and sardin

in the making.tak main yer pakai acuan...original tangan je kapit tu

tengah dok dalam kuali

nyuuuummmmmmmmmmmm.....jemput makan

emmmm sedapnya ibu buat kayipap nie...tgk aqil makan.....nyum nyum

KARIPAP
BAHAN-BAHAN:
Untuk Kulit:
1 kg tepung gandum
3 sudu besar mentega dicairkan
1/2 cawan air
sedikit garam

Untuk inti:
6 biji ubi kentang sederhana dipotong dadu
1/2 tin sardine (saya guna ayam brand)
1 biji telur
2 sudu besar serbuk kari
5 biji bawang merah
3 cawan air atau lebih 
ikan bilis (ikut suka)
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Untuk inti:
1. Tumis bawang dan ikan bilis yang telah dikisar kemudian masukkan kari dan kacau.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan sedikit empuk kemudian masukkan semua bahan yang lain dan biarkan hingga betul-betul empuk.

Untuk kulitnya:
1. Tuangkan mentega yang telah dicairkan pada tepung dan tambahkan sedikit garam dan air sedikit demi sedikit .Uli hingga menjadi doh yang dikehendaki.

SELAMAT MENCUBA

Monday, May 9, 2011

kedamaian hati

Kekadang tidak di nafikan bukan senang nak mencari kawan waktu kita sedih dan menangis.Kawan bergembira dan tertawa ramai tatkala aku sedih hanya keluarga dan suami tercinta menjadi pendamping setia.
YA ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa melakukan yang tebaik sebgai seorang isteri, ibu dan anak.
Aku percaya setiap yang hadir di dalam perjalanan hidupku merupakan satu proses pembelajaran untuk aku lebih matang dan mengenali siapa kawan yang sudi menangis bersamaku.
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan keluargaku dan juga semua rakan-rakanku.

Sentiasa berfikiran positif INSYAALLAH suatu hari nanti ALLAH memberikan ganjaran kepada hambanya.AMIN

Saturday, May 7, 2011

ibu oh ibu

Sayang Ibu..
Apapun, marilah kita mendoakan kesejahteraan Ibu kita yang banyak berkorban untuk kita sedari kita kecil hinggalah siapa kita hari ini. Selamat Hari Ibu.. Emak..


Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).
 Lagu : Buatmu Ibu
Oleh : Ae-man
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.

BIRTHDAY KAK INA

Sekitar sambutan birthday kak ina pada......Kami meraikannya di rumah kak ina.Kasih kak ina masa tu takder.demi sebuah persahabatan kami merancang celebrate birthday kak ina.




birthday cake special ku buat utk kak ina.



choc special for kak ina ...from adinda noor fadzlin


brsama birthday girl....sweeet shima. kak ina, me and leen


dalam gambar nie...plus dik zura

special birthday song for kak ina;;;;;



Don't worry about that extra line
That's creeping up upon your face
It's just a part of nature's way
To say you've grown a little more
Trees have rings and thicker branches
Kids shoes get a little tighter
Every year we're getting closer to who we're gonna be
It's time to celebrate the story of how you've come to be

Happy birthday my friend
Here's to all the years we've shared together
All the fun we've had
You're such a blessing
Such a joy in my life
May the good Lord bless you
And may all your dreams come true

So light a candle on your cake
For every smile you've helped create
For every heart and every soul
You've known to grow a little more
A few more pounds, a little more grey
Don't count the years just count the way
It takes a little time to go from water into wine
Don't ever lose the wonder of the child within your eyes

Happy birthday my friend
Here's to all the years we've shared together
All the fun we've had
It's such a blessing
Such a joy in my life
May the good Lord bless you
And may all your dreams come true

selamat hari ibu

Untuk Mu Ibunda Tercinta (ASNAH)
moga harimu sentiasa dilimpahi keberkatan ILLAHI amin 
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

masak-masak weekend

Aqil dah tido.seperti biasa nak masuk dapur ler tengahari.Perut pun dah lapar.
ikan bakar


brocolli and telur masak sayur air

sotong sambal dengan capsicum
jemput makan;

danial

3 MEI 2011

-kegembiraan bercuti dengan family tetap di ingatan. aqil kini demam....ibu sibuk dengan peperiksaan....tapi memandangkan  anakanda tercinta tengahari tu terus bawa dia ke SALAM seksyen 19 for checkup....seperti yang telah diketahui sebelum ni aqil diagnose hernia....kena operate buang...ibu redha

hanya ayah yang kuat untuk masuk OT...ibu hanya mampu berdoa...moga selamat semuanya




bersama ibu ngan opah sebelum masuk OT
 muka tension
masih tidur lena..selepas keluar OT..lena dalam buaian
he cekci...tang perut tu kena operate...yang tuuttt kena sunat

Monday, May 2, 2011

book fair

Cuti-cuti ....3 hari nie rasa sangat free untuk bawa anak2 berjalan-jalan.


30 APRIL 2011

- lepas jer beakfast bawa anak-anak ke BOOK FAIR last 2 days.....MASAALLAH ramainya manusia....kami pun menjadi sebahagian ulat buku...maklumle nak pergi sebelum nie tak kesampaian...bawa anak2 untuk dia orang cari dan pilih apa buku yang dia nak....dengan kekalutan manusia itu dapat juga akhirnya ....koleksi ana muslim untuk girls, alaf21 untuk ibu dan geng starz untuk abang danish...

ini ibu punya




ini abang danish punya

Sunday, May 1, 2011

jalan-jalan ngan family 1 mei

Cuti-cuti ....3 hari nie rasa sangat free untuk bawa anak2 berjlan-jalan.


30 APRIL 2011

- lepas jer beakfast bawa anak-anak ke BOOK FAIR last 2 days.....MASAALLAH ramainya manusia....kami pun menjadi sebahagian ulat buku...maklumle nak pergi sebelum nie tak kesampaian...bawa anak2 untuk dia orang cari dan pilih apa buku yang dia nak....dengan kekalutan manusia itu dapat juga akhirnya ....koleksi ana muslim untuk girls, alaf21 untuk ibu dan geng starz untuk abang danish...

1 MEI 2011
-hari kedua cuti pas beakfast bersama family along bertolak ke NIlAI 3



with ALONG and family dari JB


shopping untuk hantaran anak along
aqil first step di NILAI 3...tengok tu happy sangat dapat main air...ceria bersama abang dan kakak

anak2 kesayanganku...walau kadang kala kerap menimbulkan kemarahanku



sejuknya di SNOWALK I-CITY.....tak boleh tahan...dah naik selsema dibuatnya
 sejuknya...cian aqil menggigil kesejukan....ibu nie dera aqil...sorry


hidup di rumah ais..agaknya kalau kita duduk umah macam nie beku daging kita dibuatnya..Okeylah sambung lain kali....zzzzzzzzzzzzz