ha ha..cantik tak..puas hati...ni belum curah susu cair lagi...ala2 gunung berapi gitu bila aku curah susu cair...
AGAR-AGAR SUSU OREO
resepi asal: suzane@my heart
1/2 peket agar-agar
1 1/2 tin susu cair
1 cawan gula
1 liter air
1 cawan oreo yang dikisar ( boleh tukar ikut citarasa masing2...ex: cendol)
Caranya:
1. Cairkan agar-agar dengan air (dikacau dengan api kecil).
2. Tapiskan adunan agar2 tadi dan kemudian masak semula.
3. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan 1 tin susu cair dan kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( 1 bahagian dengan oreo dan 2 lagi ikut citarasa masing-masing)
6. Masukkan adunan ikut kreativiti masing-masing.
7. Tuangkan 1/2 tin susu cair semasa menghidang.
