Monday, October 8, 2012

kek birthday hello kitty

assalamualaikum...dah lama benar rasanya tak entry dalam blog nie...sibuk tuuuuuuuuuuuuut.Atas permintaan loyal customer Pn Zue...untuk anaknda tercinta akhirnya terhasilah hello kitty yang cute nie
fatin nabihah 4 years

plus oreo coklat edible image muka fatin....


Saturday, May 12, 2012

senyumlah ibu

Salam asyang buat semua ibu-ibu dan buat diriku ...

Pagi ini dimulakan dengan motivasi nikmatnya senyuman...aku tersenyum dengan diri sendiri.tatkala kerinduan melanda dalam diri aku masih mampu tersenyum dengna nikmat dan segala yang berada di sekelilingku...'kalau kamu tersenyum seolah-olah kamu menghadiahkan sejambak bunga dan cinta hati kamu kepada orang lain"...indahnya ungkapan itu...

Selamat Hari Ibu dan terima kasih Ya ALLAH kerana memberi peluang kepadku untuk menjadi seorang ibu...aku pasti tidak akan mensia-siakan nikmat yang ENGKAU beri kepadaku...aku akan cuba menjadi ibu yang terbaik demi anak2 ku...ibu sayang kalian DANISH LUQMAN, DALILI BATRISYIA, DAYANA QISTINA DAN DANIAL AQIL.....kamulah cinta hati dan kegembiraan ibu setiap saat...ibu rindukan kalian ...doakan kejayaan ibu

salam kasih Syang buat semua....selamat hari ibu buat semua ibu...percayalah ibu adalah setiap hari dan diraikan setiap masa...aku yakin i bu2 diluar sana adalah ibu terbaik disisi anak2mu.

aku insan kerdil

Assalamualikum semua...dah lama rasanya tak entry rumah nie...kosong jer dah lama tak bertandang...setiap hari sibuk sangat dengan aktiviti sebagai super mom, wanita berkerjaya (konon)...memang menuntut seribu satu pengorbanan

Aku memang agak lama menyepi hinggalah hari ini diberikan keluangan masa dan kudrat untuk menulis...mungkin sekadar meluahkan segala apa yang terbeban dihati...hari ini aku menjalani kehidupan seorang diri tanpa ditemani hubby dan anak2...perjalanan menimba ilmu menuntut aku berjauhan dengan insan2 yang kusayangi...aku akan tabah dan akan terus tabah...

Esok hari ibu yang dinantikan anak2 ku...semua sibuk ingin memberi hadiah istimewa untuk diriku...tapi sayangku, ibu tidak dapat menyambut hari ini dengan kalian..aku sering katakan pada mereka yang setiap hari, setiap saat adalah ibu ratu hatimu...ibu akan sentiasa bersama dengan kalian dalam menempuh suka dan suka dan juga segala cabaran yang mendatang...ketahuilah anak2 ku yang kalian adalah sumber inspirasiku dan kekuatanku...for hubby tercinta, tidak lupa kaulah satu2 nya cinta hatiku, you are everything to me...terima ksih kerana sudi bergelar suami dan bapa mithali untukku dan anak2...i luv u all so much...forever

Aku akan cuba menjadikan kesepian ini dengan mencari kberkatan NYA...sesungguhnya DIA lebih mengetahui segala2 nya dan aku yakin DIA sentias meberikan yang terbaik untukku...terima ksih Ya ALLAH atas nikmatmu..aku cukup bersyukur dan berbahagia atas apa yang ENGKAU kurniakan untukku...sesungguhnya padamu Ya ALLAH tempat aku mengadu dan memanjatkan doa ...

Aku berharap semoga esok dan hari2 seterusnya lebih indah dan meperolehi keberkatanmu Ya ALLAH...
AMIN..

Wednesday, February 8, 2012

gubahan hantaran

hobi yang dah lama terpendam...kembali apabila anak buah minta untuk buatkan untuk majlis tunangnya...lagipun boleh dapat murah2 kat nilai 3...inilah hasilnya....11 dulang termasuk kek choc moist....pas nie bernagan nak jadi wedding planner....moga ALLAH makbulkan.....
handmade coklat
baju + shawl
perfume+alat  solek

tuala mandi
kasuuttttttttttt

handbag...

sejadah...

wang simbol hantaran
sirih junjung alaf baru...plus fererro rochee



Tuesday, February 7, 2012

cameron highland....

dah lama tak bawa anak2 pi bercuti....kebetulan mak mertua ajak pi tgk makcik kat sana....cuti MAUlIDUR RASUL dimanfaatkan disana...tapi oh...jalan jem  oh penatnya...

 bersama anak2 buah di strawberry park..
 geramnya...ni kalau letak kat pergolaku ...fuhhh cantik gilas

strawberry + coklat + cream......yummy

 tangkapan pertama....bonsai

 geraaaammmmmmmmmmmm

Saturday, January 7, 2012

Aishiteru

Aishiteru

OMBAK RINDU




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku











Tuesday, January 3, 2012

tiramisu lagi

my hubby favourite....
jenama yang sering aku gunakan...yg lain macam kurang sedap
coklat cake
ku potong dua..
lapisan pertama selepas di curah air bancuhan nescafe dan disalut cheese
untuk lagi sedap aku letak blueberry dan koko

pandangan setelah kena potong...yummy hubby bagi 9/10....boleh buatkan untuk abang lagi...aduh gemuks nanti

nak resepi:;
Sumber: suzane@isuzane.blogspot.com

BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula caster
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:


1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream sampai kembang.
10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.
11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi..
( separuh cawan)
12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!