donut in the making....
dah kena cubit untuk aqil....jemput makan
ni qistina punya yang dah digigit...nyum nyum dengan air kopi pekat dan manis
santapan minum petang tadi...dengan cuaca hujan di luar sana
nak cuba resepi:
DONUT OH DONUT
Bahannya:
1 kg tepung gandum
1 tin susu cair (ikut suka saya guna F&N)
1 peket yis mauripan (bancuh dengan air suam, biarkan 10 minit @ hingga berbuih)
1 ketul buttercup @ 4 sudu besar marjerin (saya guna daisy)
1 sudu kecil garam
1/4 tin air @ 1/2 cawan
gula kastor
Caranya:
1. Masukan semua bahan dalam bekas acuan.
2. Uli sampai jadi doh dan lembut .Biarkan selama 1 jam.
3. Uli doh semula dan bentukkan menjadi bentuk donut ikut saiz yang disukai dan biarkan selama 10 mint atau donut naik menjadi 2X ganda.
4. Bolehle goreng dengan api sederhana.
5. Selepas itu, biarkan sedikit sejuk dan tabur je lah gula.
Pasti sedap.boleh di deko dengan celup kat choclate then taburle choc rice.Tambah selera utk anak2.
SELAMAT MENCUBA
cantiknya donut suzan..nnt miza nak cuba adunan suzan ni..miza belum pernah bancuh adunan donut sendiri..selalu buat pakai donut mix yang dah siap..nnt miza try and tayanggggg kat fb and blog heheh
ReplyDelete