Thursday, July 21, 2011

red velvet cake

hasil daripada persahabatan dengan mieza di alam maya...mothercooks@blogspot.com...aku mencuba resepi red velvetnya...nampaknya tidak menghampakan...mula2 tu ngeri sebab merah semacam...dah namanya pun red ye tak....bila dah masak okey ada umph,...inilah hasilnya
inilah hasilnya

seslice   yang yummy...tQ mieza for the recipe yang marvelous nie,Jom kita share resepinya

DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Sumber : mothercooks@blogspot/mieza@wawmc

Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-caranya :


1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..

2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.

4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.

5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).

6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.

9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.

11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.

13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan :


226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang.

2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.

3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.

5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. waaaa RVC yg sgt kugemari..tp malas betul mieza nak membuatnya.bahan2 semua ada..tapi bila suzan tayang dengan penuh keindahan ni mieza kena wat gak la sblm posa bermula..tungguuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. buat jangan tak buat...sedap dimakan begitu sahaja...kena buat nanti pose kita diet yer...

    ReplyDelete