Monday, August 15, 2011

agar-agar susu oreo

ni adalah pencuci mulut pada IFTAR ke14. Hari nie buka posa umah mak kat selayang.Nak menunjuk agar2 ku yang cantik kononnya. Tapi cik hubby perli dia kata kalau buat dalam bekas tupperware lagi senang...aku tak kira yang penting cantik tapi ambil masa le..cause kena sejuk dulu baru boleh tuang lapisan yang lain...aku teruja tengok anis@anis magic fingers punya blog.Dia buat puding guna mould skirt barbie nie...so try le...nampaknya cantik tak menghampakan...sesekali tukar pandangan..jom layan
ha ha..cantik tak..puas hati...ni belum curah susu cair lagi...ala2 gunung berapi gitu bila aku curah susu cair...

AGAR-AGAR SUSU OREO
resepi asal: suzane@my heart

1/2 peket agar-agar 
1 1/2 tin susu cair
1 cawan gula
1 liter air
1 cawan oreo yang dikisar ( boleh tukar ikut citarasa masing2...ex: cendol)

Caranya:

1. Cairkan agar-agar dengan air (dikacau dengan api kecil).
2. Tapiskan adunan agar2 tadi dan kemudian masak semula.
3. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan 1 tin susu cair dan kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( 1 bahagian dengan oreo dan 2 lagi ikut citarasa masing-masing)
6. Masukkan adunan ikut kreativiti masing-masing.
7. Tuangkan 1/2 tin susu cair semasa menghidang.

2 comments:

  1. suzane..cantiknya kejadian puding ni..terliur mieza..mieza nak tanya..1/2 paket agar2 tu agar2 tali ke agar2 serbuk? sepaket tu berapa gm? ampunnnn banyak lak soalan.. ehheeh teringin nak mencuba ni..

    ReplyDelete
  2. ha ha mieza...1/2 2peket agar2 tali...lupa la plak...maklumle mata dah tak berapa nampak...peket kecil tu mieza 37.5 gm kot...mieza nak tanya le...MOHE macam mana boleh buka ke laman webnya...nak upload permohonan tak berjaya lagi nie...mieza dha settle ke?

    ReplyDelete