Sunday, July 24, 2011

ayam masak merah

menu tengahari nasi ketumbar..aku hidangkan dengan ayam masak merah kegemaranku...tak berapa pedas dan sedikit lemak manis...penyediaannnya hanya memakan sedikit masa sahaja....inilah hasil air tangan
sungguh menyelerakan
nak cuba resepinya:

sumber:suzane@isuzane.blogspot.com

Bahan2nya:

8 ketul ayam#
1 cmt serbuk kunyit#
1 cmt garam#
( # diperap  dan digoreng tapi jangan terlalu kering)

1 sudu besar minyak untuk menumis
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit dikisar
3 btg serai dititik
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 sudu besar cili kering dikisar
4 biji cili merah dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar susu cair
1 cmt gula
sedikit garam


Caranya:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit yang dikisar dan kacau lagi.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam dan kacau lagi hingga semua bahan mesra diikuti dengan serai.

4. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau sedikit agar ayam mesra dengan bahan lain.Curahkan susu cair dan kacau sebati.

5. Siap dihidang dan boleh dihias dengan daun bawang dan bawang goreng atau nenas yang dipotong dadu,

1 comment:

  1. suzannnnnn ini lah resepi yg mieza selalu dok masak masa belajar kat us dulu..maklum lah senang nak masak dan murah bahan2nya..hiihi..ni makan dgn nasi minyak sodapppppp

    ReplyDelete