Saturday, July 23, 2011

apam polkadot

pagi ni bangun tidur tak tahu nak buat apa...so pi kat dapur tu rasa2nya boleh buat apam polkadot...so rasanya breakfast pagi ni dengan apam yang kiut miut tu le.....resepi ni aku cilok dari mieza@WAWMC.blogspot.com...tq mieza for the resepi...inilah hasilnya.
inilah apam polkadot ku yang cute
ni first time guna kamera dslr...hubby izinkan guna kamera dia...belumpandai shoot lagi
pandangan sisi apam polkadot ku
 yummy...jemput makan
 tu dia intinya...coklat..umphhhh
 apam polkadot + nescafe tarik
nak cuba resepi:
 
APAM POLKA DOT
Source : Mieza @ WAWMC
Sedikit ubahsuai: suzane@isuzane.blogspot.com
 
Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk
225 gm tepung gandum
50 gm tepung naik sendiri (resepi asal guna tepung gandum sepenuhnya...bila aku ubahsuai sikit, nampaknya still lembut sampai ke petang)
200 gm gula halus 150 gm susu segar
1 camt esen vanilla
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling coklat/peanut butter (anak lebih suka)
Pewarna kesukaan masing-masing


Cara-cara:

1. Pukul telur, ovellete dan gula hingga betul-betul kembang dan putih. Masukkan esen vanila.

2. Kemudian masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah (Kecuali filling) dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Aku guna mangkuk kertas ukuran dasar 2 cm.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 5 minit (untuk saiz mangkuk kertas yang aku gunakan, kalau guna mangkuk saiz besar, waktu mengukusnya juga perlu ditambah)dengan menggunakan api sederhana. Jangan gunakan api besar kerana apan akan merekah jadi apam mekar!





2 comments:

  1. suzannnnn cantiknya apam polkadot suzan...nak sebijik dua..tambah2 diletak filling cekelat..uhhh mabelessss..dah lama tak membuat nya suzan..dapnyerrrr

    ReplyDelete
  2. tq sifu...selamat berposa..moga dimurahkan rezeki di bulan yang penuh keberkatan ini...setiap hari nak mencuba menu walaupun sibuk ..dapur tetap berasap...comel sayang nak makan

    ReplyDelete